Tuesday, March 15, 2016

KELAHIRAN KU


Kelahiranku tak pernah diminta,
Itulah pemberian Sang Pencipta,
Mencipta manusia yang hebat tidak terkata,
Ingin mentadbir dunia dengan sekata,
Tanpa ada yang menderita.

Kelahiran ku tidak pernah diminta,
Walaupun hikikatnya hidup ini hanya sementara,
Namun manusia dicipta bukan mainan yang lara,
Banyak tugas yang perlu disegera,
Namun ianya tidak mengira,
Bertapa sengsaranya dunia yang sedang mengira.

Kelahiranku tidak pernah diminta,
Aku yakin inilah bukti Cinta Sang Pencipta,
Walaupun banyak duka daripada bahagia,
Namun itulah hakikatnya hidup di dunia,
Dan aku hnya manusia biasa selalu melakukan dosa.

Kelahiranku tidak pernah diminta,
Sekarang...
Aku sedar akan kelahiranku,
Ini kerana banyaknya tugas yang perlu dilaksanakan.
Tanggungjawab yang dibarikan bukan calang,
Namun semangat yang tersisa perlu diteruskan.

YA TUHAN....
Tolonglah aku...
Selamatkanlah aku...
berikanlah kekuatan kepada aku...
TanpaMU Tuhan sengsaralah aku...
YA YUHAN ENGLAULAH SEGALANYA BAGI AKU